Daftar Login Masuk Lupa katalaluan?
يا كريم يا وهاب أكرمنا بالفردوس الأعلى بغير حساب
Sila aktifkan javascript pada browser anda untuk kelancaran melayari laman web ini.

2010-03-29 23:45:20 oleh ahsanulkalam

Makluman kepada semua sahabat-sahabat Al-Muttaqin Tv. Kepada sesiapa yang ingin berkongsi video pengajian bolehlah "upload" di dalam web ini.

Semoga setiap kali video tersebut dimanfaatkan oleh mana-mana individu, akan memberatkan pahala kita masing-masing

Saluran Ilmiah Anda

2010-01-13 15:24:33 oleh ahsanulkalam

Makluman kepada semua sahabat-sahabat Al-Muttaqin Tv. Kepada sesiapa yang ingin berkongsi audio pengajian di dalam bentuk mp3 bolehlah "upload" di dalam web ini. Semoga setiap kali audio tersebut dimanfaatkan oleh mana-mana individu, akan memberatkan pahala kita masing-masing. 

 

Untuk upload sila ke http://www.almuttaqin.tv/mp3_upload.php

 

Saluran Ilmiah Anda

2009-12-20 01:57:10 oleh muslimz

Video Cara-cara Upload dan Submit Video

Note: Data-data di dalam video adalah demo sahaja untuk memudah kefahaman.


* UPDATE 23 April 2010 *

Klien FTP: Sila gunakan CoreFTP, download di sini


Keperluan untuk Upload Video

  1. Sambungan internet
  2. Klien FTP (CuteFTP)
  3. Login akses untuk CuteFTP (rujuk tajuk Akses FTP di bawah)
  4. Video yang sudah diconvert dan diencode seperti berikut:
  • Format file: FLV atau MP4
  • Video Bitrate: Tidak melebihi 320kbps untuk kualiti standard
  • Saiz video: Tidak melebihi daripada 200MB (Sebaiknya saiz tidak melebihi daripada 100MB, jika lebih adalah lebih elok melakukan split terhadap video tersebut.

Akses FTP

Setiap uploader mempunyai akses masing-masing untuk mengakses ftp. Rujuk video untuk melihat cara-cara akses ftp. Akses akan dibahagikan mengikut lokasi uploader. Berikut merupakan akses untuk setiap uploader:

  1. Uploader Malaysia

    Host: almuttaqin.tv
    Username: upmalaysia
    Password: upmalaysia

  2. Uploader Indonesia

    Host: almuttaqin.tv
    Username: upindonesia
    Password: upindonesia

  3. Uploader Mesir

    Host: almuttaqin.tv
    Username: upmesir
    Password: upmesir

Submit Video

Setelah video selesai diupload, langkah seterusnya ialah langkah memaparkan video di web. Langkah ini telah ditunjukkan di dalam video.

Untuk ruangan Kitab, Penyampai dan Tempat, sila hubungi emel admin@almuttaqin.tv atau ahsanulkalam@yahoo.com jika tiada pilihan di ruangan tersebut.

Bantuan

Sebarang bantuan emel kepada muslimz_misr@yahoo.com.

2009-12-15 22:38:35 oleh ahsanulkalam

Untuk makluman;


Al-Muttaqin Tv baru berpindah kepada server baru bermula 15 disember 2009. Mohon maaf di atas gangguan dan kesulitan sepanjang proses menaik taraf server.

 

Pengurusan Al-Muttaqin Tv

2009-11-28 02:35:49 oleh muslimz

Assalamualaikum,

Semua krew Al-MuttaqinTV dengan berbesar hati mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha Maaf Zahir dan Batin kepada semua pengunjung. Semoga sama-sama dapat menghayati erti pengorbanan sebenar dalam hidup kita.

2009-11-23 19:14:49 oleh ahsanulkalam

Berhenti Upload Sementara

Diminta semua uploader berhenti seketika daripada meng"upload" apa-apa video kedalam web al-muttaqin sehingga waktu yang akan diberitahu kelak. Ini disebabkan proses menaik-taraf web al-Muttaqin. Maaf di atas segala kesulitan

Saluran Ilmiah Anda

Muhammad Aidil Azwal Zainudin

23 Nov 2009

2009-11-21 04:05:42 oleh muslimz

Salam kepada semua krew,

Kali ini kita akan ikuti cara-cara untuk menjalankan siaran langsung pengajian. Sebelum menjalankan siaran langsung, pastikan anda memenuhi keperluan seperti berikut:

  1. Sambungan internet yang stabil berkelajuan 512kbps ke atas.
  2. Kamera video (handycam) yang mempunyai sambungan firewire atau A/V Connector.
  3. Laptop atau komputer PC yang berkemampuan mengendalikan produksi audio video.

Setelah keperluan tersebut dipenuhi, sila ikuti langkah-langkah berikut untuk menyiarkan siaran langsung:

  1. Buka Adobe Flash Media Live Encoder.
  2. Lihat pada preset, untuk yang menggunakan server Wowza Media Server pilih antara Low atau Medium Bandwidth VP6 mengikut kemampuan sambungan internet anda. Jika anda menggunakan server Simple CDN, sila pilih Medium Bandwidth 300kbps H.264.
  3. Pada pilihan video, pilih device yang disambung mikrofon padanya. Jika mikrofon disambung pada handycam, pilih device audio nama handycam anda, jika disambung pada laptop atau komputer PC anda, pilih device audio soundcard anda. Channels audio pilih streo.
  4. Lihat pada bahagian Stream to Flash Media Server. Pastikan anda tick pada bahagian ini. Sila isi mengikut maklumat di dalam laman broadcast. Klik di sini
  5. Tekan butang connect. Jika server tidak berlaku masalah, indicator hijau connected akan muncul di kiri bawah skrin anda.
  6. Tick pada Save to File untuk rakam video siaran langsung di dalam komputer anda.
  7. Setelah semua sudah selesai, klik pada butang hijau Start. Anda telah berjaya menjalankan siaran langsung.
2009-11-19 02:43:24 oleh muslimz

Salam sahabat Muttaqin,

Untuk mengikuti siaran langsung pengajian-pengajian di Al-MuttaqinTV, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  • Klik mana-mana channel yang terdapat di bahagian atas web. Channel ini akan muncul jika terdapat siaran yang sedang berlangsung. Terdapat maklumat siaran langsung seperti nama siaran dan penceramah dapat dilihat.
  • Anda akan dibawa ke laman Live@Muttaqin. Pada laman tersebut, video siaran langsung akan secara automatik dimainkan.
  • Pastikan anda mempunyai keperluan seperti Flash Player versi terkini (versi 10 keatas) untuk memainkan video siaran langsung.
  • Kelajuan internet sekurang-kurangnya 512kbps untuk siaran yang lancar.
  • Jika berlaku masalah teknikal seperti sambungan internet putus, sila refresh semula laman siaran langsung tersebut.
  • Jika anda mahu mengajukan pertanyaan atau masalah, sila ajukan di ruangan chat di sebelah paparan video. Krew yang bertugas akan membantu anda.

Sebarang masalah, sila ajukan di ruangan Hubungi Kami! atau emelkan ke admin@almuttaqin.tv

2009-11-18 21:05:03 oleh muslimz

Salam kepada semua sahabat Muttaqin!

Alhamdulillah, pembinaan blog untuk web Al-Muttaqin memasuki peringkat terakhir. Diharap kewujudan blog ini dapat memberi panduan dan maklumat yang lebih terperinci untuk kemudahan sahabat-sahabat.

Untuk makluman, blog ini masih dalam penambahan function agar lebih memberi kemudahan kepada semua.

Di dalam blog ini juga akan dimuatkan panduan dan manual untuk melayari web dan cara-cara yang betul untuk menggunakan video streaming dan siaran langsung pengajian. Semoga memberi manfaat kepada semua.

Tonton & Faqih!

Kategori
Top Entri

Blog
Info
Produk